Pesawat MAS MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu masih belum dikesan. Malaysia dan Vietnam mengumumkan untuk memperluas lingkungan operasi mencari dan menyelamat (SAR). Setakat ini, 42 buah kapal dan 35 buah pesawat dari 11 negara termasuk Malaysia, China, Vietnam, Singapura, AS, Australia, Filipina, Thailand dan Indonesia menyertai misi tersebut. Beberapa negara lain turut menyatakan kesediaan untuk menyertai operasi itu. Bagaimana menyelaraskan operasi yang disertai pasukan penyelamat dari pelbagai negara tersebut merupakan satu cabaran.
Menurut Kementerian Pengangkutan Malaysia, kali terakhir pesawat itu dikesan adalah pada kedudukan longitud 06 ° 55 ′ 15 ″ Utara dan latitud 103 ° 34 ′ 43 ″ Timur. Pasukan penyelamat dari pelbagai negara sedang menjalankan operasi SAR di sekitar lokasi tersebut. Kawasan perairan itu terletak di antara Malaysia dengan Vietnam.
Pada masa ini, lingkungan operasi SAR meliputi kawasan sepanjang 360 kilometer dari hujung selatan Vietnam ke pantai Malaysia.
Insiden kehilangan pesawat MH370 ini merupakan insiden kecemasan yang jarang berlaku. Setakat ini, negara-negara yang terlibat dalam operasi SAR belum menubuhkan pusat arahan yang bersatu. Tenaga yang menyertai operasi SAR kali ini termasuk pasukan tentera, separa tentera dan orang awam. Ini turut menyukarkan penyelarasan usaha berkenaan.
Kerja penyelarasan misi SAR ini merupakan tanggungjawab Malaysia. Pusat SAR Maritim China memaklumkan maklumat terkini kepada badan SAR Malaysia, serta mengekalkan hubungan yang rapat dengan badan berkenaan dari Malaysia dan Vietnam.