Perdana Menteri China, Li Keqiang mengarahkan badan-badan yang berkaitan mengerahkan segala tenaga dan tidak berputus asa dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang hilang.
Beliau berkata demikian kepada kapten kapal China yang menyertai misi tersebut melalui telefon di Pusat Arahan Kecemasan Dewan Negara.
Terdahulu dari itu, PM Li menghadiri upacara penutupan Persidangan ke-2 Jawatankuasa Kebangsaan ke-12 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) pagi tadi.