Cari:
Empat NGO Jepun Peringati Peristiwa 7 Julai
2014-07-08 12:12:46 CRI Cetak

Empat kumpulan bukan kerajaan Jepun semalam mengunjungi Kedutaan Besar China di Jepun sempena ulang tahun ke-77 peristiwa 7 Julai.

Duta Besar China ke Jepun, Chen Yonghua dalam ucapannya berkata, pada 77 tahun yang lalu, kuasa militeris Jepun memulakan pencerobohan terhadap China di Jambatan Marco Polo di luar bandar Beijing. Pencerobohan Jepun itu bukan sahaja mengakibatkan kesengsaraan kepada negara China malah kepada rakyat Jepun. Sejarah ini banyak memberi pengajaran kepada hubungan bilateral China dengan Jepun yang telah bersejarah lebih dua ribu tahun. Persahabatan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak sebaliknya pertentangan menjejaskan kedua-dua pihak. China dan Jepun dikehendaki mengekalkan prinsip dan semangat empat dokumen politik antara kedua-dua negara, termasuk Kenyataan Bersama China-Jepun, mengingati sejarah dan mengelakkan tragedi perang berulang, serta memelihara kedamaian yang sangat berharga.

Pengarah Persatuan 15 Ogos Persahabatan Jepun-China, Okimatsu Nobuo yang berusia 89 tahun pernah menjadi anggota pasukan berani mati Kamikaze Jepun dalam Perang Dunia II. Beliau yang terselamat apabila Jepun menyerah diri mengenang kembali kesengsaraan tersebut dan menyatakan bahawa ramai belia Jepun yang terlibat dalam perang tersebut menjadi korban kerana terpujuk oleh kuasa militeris Jepun. Tambah beliau, tiada yang lebih berharga selain kehidupan yang damai. Tanpa memahami sejarah mala petaka yang dialami kedua-dua negara, persahabatan Jepun-China tidak mungkin diwujudkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China