Cari:
RoK Bantah Tindakan Provokasi Jepun
2015-01-07 14:56:52 CRI Cetak

Pihak berkuasa Repubik Korea (RoK) semalam mengutuk Jepun kerana menyiarkan rakaman video di internet yang menuntut kedaulatan terhadap Pulau Dokdo (yang disebut Pulau Takeshima oleh Jepun). RoK menuntut Jepun menghentikan tindakan provokasi seumpama itu segera.

Jurucakap Kementerian Luar RoK, Noh Kwang-il dalam sidang media berkata, Jepun menyiarkan rakaman video tersebut sempena ulang tahun ke-50 pemulihan hubungan diplomatik kedua-dua negara. Tindakan tersebut dianggap memutarbelitkan fakta sejarah dan membelakangkan konsep pendidikan sejarah yang betul dalam kalangan masyarakat antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China