Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Republik Korea (RoK), Park Geun-hye dalam rundingan yang diadakan di Beijing hari ini mengesahkan, rundingan yang bersifat penentu mengenai kawasan perdagangan bebas China-RoK berakhir.
Rundingan tentang Kawasan perdagangan bebas China-RoK dimulakan seawal Mei 2012. Kawasan perdagangan bebas berkenaan melibatkan bidang paling luas dan jumlah perdagangan paling besar bagi China setakat ini. Rundingan kali ini memperlihatkan terwujudnya sasaran kedua-dua pihak tentang "keseimbangan kepentingan, komprehensif dan bertaraf tinggi".