Persidangan ke-3 Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-12 yang berlangsung selama sepuluh hari setengah dilabuhkan tirainya selepas sidang pleno ke-4 persidangan tersebut berakhir pagi tadi.
Sidang tersebut meluluskan resolusi mengenai laporan kerja kerajaan, selain bersetuju dengan pelan pembangunan sosioekonomi negara, serta sasaran dan dasar pada tahun 2015.
Sidang ini turut meluluskan pindaan terhadap Undang-Undang Legislasi. Ini merupakan kali pertama bagi China untuk meminda undang-undang tersebut dalam tempoh 15 tahun lalu.