Cari:
7,056 Orang Maut Akibat Gempa Bumi di Nepal
2015-05-04 15:18:30 CRI Cetak

 

Menurut statistik terkini daripada Kementerian Dalam Negeri Nepal, gempa bumi dahsyat yang melanda negara itu pada 25 April yang lalu telah mengakibatkan 7,056 orang maut dan 14,123 orang lagi cedera.

Menurut penilaian yang dibuat Jabatan Kesihatan Nepal, kebanyakan kemudahan perubatan di Sindhupal Chowk dan Gorkha yang dilanda bencana telah musnah. Keadaan ini telah menyukarkan kerja-kerja merawat mangsa yang cedera. Selain itu, pasukan perubatan dan barang-barang keperluan masih belum dihantar ke kawasan-kawasan terpencil yang dilanda gempa bumi.

Pada masa ini, kira-kira 50 pasukan perubatan antarabangsa sedang menjalankan operasi menyelamat di pelbagai kawasan di Nepal.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China