Cari:
400 Lagi Pelarian Diselamatkan
2015-05-21 15:43:04 CRI Cetak

Kira-kira 400 lagi pelarian dari Myanmar yang tersadai di laut, diselamatkan oleh nelayan Indonesia semalam.

Semua pelarian itu, yang kebanyakannya penganut Islam etnik Rohingya, termasuk kanak-kanak dan wanita, diselamatkan awal pagi semalam di perairan Selat Melaka di wilayah Aceh, dengan keadaan mereka dilaporkan agak lemah kerana kekurangan makanan dan minuman.

Sebelum ini, mereka ditolak masuk oleh Malaysia, Indonesia dan Thailand, selepas hanyut di laut ekoran ditinggalkan oleh penyeludup pemerdagangan manusia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China