Agensi Berita Antara (ATR) semalam memetik Direktur Eksekutif Institut Pembangunan Ekonomi dan Kewangan (INDEF), Enny Sri Hartati sebagai berkata, beberapa institut dan universiti sedang menjalankan penyelidikan terhadap beras sintetik. Hal ini bertujuan untuk mempelbagaikan sumber makanan di Indonesia.
Menurut beliau, bentuk beras sintetik dan beras asli adalah sama. Beras sintetik diperbuat daripada tuber pelbagai tumbuh-tumbuhan. Sekiranya penyelidikan tersebut berjaya, Indonesia tidak perlu mengimport beras lagi.