Cari:
Malaysia Tubuh JKE Pulih Ekonomi
2015-08-27 17:00:50 CRI Cetak

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE) yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Antara isu semasa yang akan ditangani oleh jawatankuasa itu termasuklah nilai ringgit, mengekalkan kestabilan pasaran kewangan dan mengukuhkan keyakinan dalam pasaran modal.

JKE turut dianggotai oleh ahli ekonomi, tokoh korporat dan beberapa ahli ex officio yang terdiri daripada pegawai tertinggi Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti.

Penubuhan JKE bersifat sementara, iaitu sehingga kemelut ekonomi yang dihadapi ketika ini reda dan stabil.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China