Cari:
AS Susun Semula Strategi di Syria
2015-10-10 15:33:23 CRI Cetak

Pegawai White House semalam mengumumkan, Amerika Syarikat (AS) akan menyusun semula strategi membanteras Negara Islam (IS) di Syria. Menurut strategi baharu, AS akan menggantung latihan kepada kumpulan militan antikerajaan Syria, sebaliknya membekalkan senjata kepada mereka.

Pegawai itu mengakui bahawa latihan kepada kumpulan militan antikerajaan Syria di pelbagai tempat di Asia Barat kurang berhasil, maka pihaknya memutuskan untuk menggantung latihan itu dan memberikan senjata kepada mereka.

Pegawai itu menegaskan, pihaknya akan menumpukan perhatian terhadap penggunaan senjata tersebut serta prestasi kumpulan militan yang dilengkapi senjata tersebut. AS akan terus menyediakan sokongan asalkan kumpulan militan itu mencapai kemajuan di medan perang.

White House pula menyatakan, krisis di Syria tidak akan diselesaikan sekiranya pemerintahan Bashar al-Assad tidak digulingkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China