Cari:
Kerjasama China-AS Buru Suspek
2015-12-25 15:23:19 CRI Cetak

China dan Amerika Syarikat (AS) mencapai kemajuan yang besar dalam usaha memburu suspek yang melarikan diri ke luar negara dan merampas wang yang diseludup keluar.

China dan AS sedang mengadakan perbincangan untuk membawa pulang lima orang suspek yang sangat dikehendaki yang dipercayai terlibat dengan jenayah rasuah di AS.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei semalam berkata, agensi antirasuah dan badan penguatkuasaan undang-undang antara China dengan AS telah memperkasakan kerjasama sejak setahun yang lalu.

China memuji sokongan dan kerjasama AS dalam menangani kes-kes tersebut.

Kumpulan Hubungan Bersama Kerjasama Penguatkuasaan Undang-Undang China-AS (JLG) perlu terus memainkan peranan yang penting demi meningkatkan kerjasama antirasuah, memelihara keadilan dan kesaksamaan sosial serta kedaulatan undang-undang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China