Cari:
Abbas Temui Biden
2016-03-10 14:30:19 CRI Cetak

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas ketika menemui Naib Presiden AS, Joseph Biden semalam menekankan semula bahawa penyelesaian dua negara berdasarkan perjanjian garis sempadan 1967 penting demi keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau.

Menurut beliau, tindakan Israel menduduki Palestin dan membina petempatan Yahudi merupakan punca utama tercetusnya episod keganasan dan konflik berdarah pada ketika ini.

Beliau menegaskan betapa pentingnya memerangi keganasan hingga ke akar umbi.

Dalam pada itu, penubuhan negara Palestin dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara amat penting untuk mengalahkan kumpulan militan Negara Islam (IS).

Biden berkata, pihaknya menyokong penyelesaian dua negara tersebut dan prihatin terhadap isu penempatan Yahudi.

Biden dalam sidang media sebelum rundingan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam mengecam sekeras-kerasnya serangan yang berlaku di Israel baru-baru ini.

Kata beliau, AS menyokong Israel mempertahankan diri, dan akan membantu Israel meningkatkan keupayaan keselamatan mereka.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China