Cari:
China Terus Longgarkan Sekatan terhadap Pelaburan Asing
2016-03-13 14:53:43 CRI Cetak

Menteri Perdagangan China, Gao Hucheng ketika menghadiri sidang ke-4 Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-12 semalam berkata, pihaknya akan terus memperluas bidang yang menerima akses pelaburan asing, khususnya dalam bidang teknologi, kewangan, pendidikan, kebudayaan, logistik dan perkhidmatan. Selain itu, China akan melonggar sekatan terhadap pelaburan asing dalam bidang industri pembuatan yang canggih, serta menggalakkan syarikat asing menyertai pengubahsuaian, penaiktarafan dan inovasi syarikat milik negara.

Menurutnya, jumlah penerimaan pelaburan asing di China mencatat USD 126 bilion (RM515 bilion) pada tahun lalu dan meningkat 5.6% berbanding dengan tahun sebelumnya. 70% pelaburan asing digunakan dalam bidang industri pembuatan yang canggih dan sektor perkhidmatan.

Seiring dengan pelaksanaan inisiatif Satu Jalur Satu Laluan (B&R), bahagian barat serta kawasan sempadan dan kawasan teping sungai menjadi tumpuan baharu dalam pelaksanaan dasar buka pintu sehingga dilihat berpotensi tinggi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China