Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China, Miao Wei semalam berkata, industri pembuatan automobil tenaga alternatif di China memasuki tahap perkembangan yang pesat. Menurut unjuran, jumlah pengeluaran dan penjualan automobil tenaga alternatif di China akan melebihi 600 ribu buah pada tahun ini, meningkat sekali ganda berbanding dengan tahun yang lalu. Menurutnya, industri pembuatan automobil tenaga alternatif berkembang dengan pesat meskipun menghadapi beberapa cabaran. Pihaknya telah menggariskan perancangan agar menjamin perkembangan industri tersebut. Semakin banyak syarikat pembuat automobil melibatkan diri dalam pasaran automobil tenaga alternatif. Kerajaan akan terus mengamalkan dasar keutamaan bagi mendorong perkembangan industri tersebut.