Cari:
Persepakatan 12 Perkara Isu Syria
2016-03-25 16:14:35 CRI Cetak

Utusan khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi isu Syria, Staffan de Mistura semalam mengumumkan, rundingan damai pusingan baharu isu Syria yang diadakan di Geneva telah berakhir.

Pihak berkuasa dan puak bertelagah Syria telah mencapai konsensus tentang 12 perkara dalam rundingan selama 10 hari itu.

Menurut beliau, rundingan damai pusingan baharu nanti akan dimulakan pada 9 April.

Menurut resolusi PBB, antara 12 konsensus tersebut termasuklah menghormati kedaulatan wilayah Syria dan menolak campur tangan kuasa asing serta memastikan masa depan Syria ditentukan oleh rakyat Syria sendiri melalui demokrasi.

Selain itu turut ditekankan ialah kaum wanita mempunyai hak sama rata dengan lelaki dengan sasaran sebanyak 30 peratus kaum wanita menyandang jawatan dalam kerajaan serta terlibat dalam pembuat keputusan sama ada semasa peralihan kuasa atau pembentukan kerajaan baharu pada masa akan datang, di samping bersama-sama membanteras kumpulan pengganas yang ditetapkan oleh PBB dan membantu pelarian pulang ke kampung halaman masing-masing.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China