Cari:
Sidang Menteri Pelancongan G20 di Beijing
2016-05-21 15:08:39 CRI Cetak

Naib Perdana Menteri China, Wang Yang menghadiri upacara perasmian sidang menteri pelancongan Kumpulan 20 (G20) di Beijing semalam. Wang berkata, sidang kali ini menjadi platform bagi negara anggota G20 untuk meningkatkan kerjasama dalam sektor pelancongan. Sejak sidang kali pertama diadakan pada tahun 2010, pelbagai negara bersungguh-sungguh meningkatkan usaha dalam memudahkan visa, meningkatkan kerjasama pelaburan pelancongan serta mengadakan statistik antarabangsa tentang sektor tersebut. Pertukaran dan kerjasama antara pelbagai negara anggota dalam sektor pelancongan semakin diperkasakan. Sektor pelancongan menjadi penggerak yang penting bagi pemulihan ekonomi serta bermanfaat bagi membasmi kemiskinan.

Menurutnya, China komited untuk berkongsi pengalaman dengan pelbagai negara anggota G20 dalam sektor pelancongan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China