Cari:
Taman Disney Shanghai Dirasmikan
2016-06-17 15:23:14 CRI Cetak

Taman Disney Shanghai mula beroperasi semalam. Naib Perdana Menteri China, Wang Yang ketika merasmikan taman itu berkata, tahun ini telah ditetapkan sebagai "tahun pelancongan China-Amerika Syarikat (AS) ketika Presiden China, Xi Jinping melawat ke AS pada tahun yang lalu.

Perasmian Taman Disney Shanghai menjadi aktiviti penting dalam rangka pelancongan China yang juga merupakan hasil kerjasama pragmatik kedua-dua negara.

Beliau berharap agar taman itu akan menyebarkan kebahagiaan, kemesraan dan berkongsi idea.

Selain itu, taman tersebut perlu menyediakan perkhidmatan yang selamat, mudah dan selesa kepada para pelancong.

Taman Disney yang dibina di Shanghai itu membuktikan keyakinan syarikat asing terhadap iklim pelaburan dan masa depan pasaran China.

Kerajaan China akan terus memperkasakan keterbukaan dalam bidang kewangan, pendidikan, kebudayaan, perubatan dan pelancongan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China