Cari:
China Bina Menara Api di Kepulauan Nansha
2016-07-11 14:50:51 CRI Cetak

Lima buah menara api yang dibangunkan oleh kerajaan China di Kepulauan Nansha merupakan kemudahan awam penting yang menyediakan khidmat pandu arah di perairan Laut China Selatan.

Menurut Jabatan Hal Ehwal Maritim Kementerian Pengangkutan China, empat buah menara api yang masing-masing dibina pada terumbu Huayang, Chigua, Zhubi dan Yongshu telah beroperasi dan dilihat amat membantu meningkatkan keselamatan pelayaran di perairan berkenaan. Satu lagi yang dibangunkan di terumbu Meiji juga hampir siap.

Kesemua menara api tersebut dilengkapi dengan sistem pengenalan automatik (AIS) dan stesen frekuensi sangat tinggi (VHF) yang berfungsi memudahkan komunikasi antara menara api dengan kapal.

Jabatan berkenaan menyatakan bahawa pembinaan kemudahan awam tersebut memperlihatkan kehendak China untuk memikul tanggungjawab antarabangsa dan menyumbang kepada jaminan pelayaran, operasi mencari dan menyelamat, keselamatan pelayaran, pengeluaran perikanan, pencegahan bencana dan sebagainya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China