Cari:
Afrika Sokong China tentang Isu Laut Selatan
2016-07-11 13:31:10 CRI Cetak

Media massa pelbagai negara Afrika termasuk Afrika Selatan, Mesir dan Liberia baru-baru ini menyiarkan rencana untuk mengkritik Amerika Syarikat (AS) mencampur tangan tehadap isu Laut China Selatan serta memuji usaha Beijing untuk menyelesaikan persengketaan itu secara damai.

Akhbar The Star dan Cape Times Afrika Selatan melaporkan, AS mencampur tangan tentang isu yang berlaku di tempat yang begitu jauh daripada wilayahnya. Tujuannya ternyata untuk melemahkan negara lain dan mengukuhkan kedudukan dominasinya dalam masyarakat antarabangsa.

Akhbar Al-Ahram Mesir pula menyiarkan, AS menunjuk-nunjuk kekuatannya dalam menangani isu Laut China Selatan yang terbukti dengan pasukan tenteranya yang ditempatan di Asia Timur dan Asia Selatan dengan alasan menjamin kebebasan pelayaran antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China