Cari:
Tribunal Timbang Tara Jejaskan Keadilan Sistem Perundangan Antarabangsa
2016-07-11 14:35:35 CRI Cetak

Lebih 30 orang pakar undang-undang antarabangsa yang terkenal dari Asia, Eropah, Amerika dan Afrika menyertai simposium tentang kes timbang tara Laut China Selatan dan pengaruhnya terhadap perundangan antarabangsa yang diadakan di Hague, Belanda baru-baru ini. Pakar dari Universiti Wuhan China, Yi Xianhe telah membuat rumusan tentang empat kata sepakat yang dicapai oleh para pakar dalam simposium kali ini.

Pertama, kes timbang tara kali ini membelakangi pelbagai norma undang-undang antarabangsa.

Kedua, terdapat banyak kes yang menyaksikan pihak yang terlibat memilih tidak mengikuti pembicaraan. Kalau begini, tribunal antarabangsa biasanya bertindak berhati-hati berdasarkan sikap yang adil. Tetapi Tribunal Timbang Tara kali ini kelihatan melakukan kecuaian besar dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.

Ketiga, Tribunal Timbang Tara berkenaan tidak menghormati fakta sejarah ketika memberikan keputusan. Ini membelakangi norma undang-undang antarabangsa.

Dan keempat, Tribunal memutarbelitkan Konvensyen Undang-Undang Antarabangsa PBB.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China