Cari:
Masyarakat Antarabangsa Kutuk Serangan Ganas di Nice
2016-07-16 15:41:46 CRI Cetak

Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan kenyataan dengan "perkataan yang paling tegas" mengutuk serangan keganasan yang melanda Nice, Perancis, dan menyampaikan rasa simpati dan duka cita kepada saudara mara mangsa dan kerajaan Perancis.

Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU), Jean-Claude Juncker berkata, pihaknya menyokong usaha Perancis untuk membanteras keganasan.

Presiden AS, Barack Obama pula mencela serangan terhadap Nice. Beliau menyatakan, pihaknya bersedia menyediakan sebarang bantuan yang diperlukan oleh Prancis bagi siasatan kes tersebut.

Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan kecewa atas serangan berkenaan. Menurutnya, Rusia bersedia bekerjasama dengan Perancis untuk membanteras keganasan.

Selain itu, pemimpin pelbagai negara lain termasuk Britain, Hungari, Belgium, Greece pun berturut-turut mengecam serangan berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China