Cari:
Jepun, AS, Australia Perlu Lihat Isu Laut China Selatan dengan Sikap Betul
2016-07-28 12:38:41 CRI Cetak

China menggesa Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Australia melihat dan menangani isu Laut China Selatan dengan sikap yang betul.

Gesaan itu dibuat melalui jurucakap Kementerian Luar, Lu Kang ketika menjawab soalan wartawan tentang kenyataan tiga pihak yang dikeluarkan oleh menteri luar ketiga-tiga negara tersebut pada Isnin lalu, yang menyentuh isu Laut China Timur dan Laut China Selatan.

Lu berkata, China telah kerap kali menyatakan pendirian iaitu tidak menerima dan tidak mengakui keputusan timbang tara berhubung isu Laut China Selatan.

Menurut beliau, timbang tara itu melangkaui bidang kuasa Konvensyen PBB mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) dan mencabuli undang-undang antarabangsa.

Jepun, AS dan Australia yang mengamalkan dwistandard tidak wajar campur tangan dalam urusan negara lain, apatah lagi ketiga-tiga negara itu bukan pihak yang terlibat dalam isu tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China