Cari:
Iran Tuntut Kembalikan Aset Yang Dibekukan
2016-08-09 14:44:14 CRI Cetak

Mantan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad mengutuskan surat kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama pada 8 Ogos lalu, yang menuntut pengembalian aset berjumlah USD2 bilion (RM8.06 bilion) yang dibekukan oleh AS.

Beliau menggesa AS mengakui hak serta menghormati kebudayaan dan kemerdekaan negara lain.

Keputusan Mahkamah Agung AS pada 20 April lalu menyatakan bahawa aset USD2 bilion (RM8.06 bilion) tersebut boleh digunakan sebagai pampasan kepada warga AS yang maut atau cedera akibat serangan yang "disokong oleh Iran".

Namun, Iran menolak dakwaan AS dan menafikan mempunyai kaitan dengan serangan tersebut.

Menurut media Iran, Mahmoud Ahmadinejad mungkin menyertai pilihan raya yang bakal diadakan pada Mei tahun hadapan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China