Perdana Menteri China, Li Keqiang akan mengadakan lawatan rasmi ke Kyrgyzstan, Kazakhstan, Latvia dan Rusia pada 2 hingga 9 November ini atas undangan pemimpin keempat-empat negara tersebut.
Semasa berada di Kyrgyzstan, Li akan menghadiri mesyuarat ke-15 majlis pemimpin kerajaan Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO).
Beliau juga dijadualkan menghadiri rundingan ketiga perdana menteri China-Kazakhstan, Sidang Kemuncak ke-5 China-Negara Eropah Tengah dan Timur, serta rundingan ke-21 perdana menteri China-Rusia.