Cari:
EU Lanjutkan Sekatan Ekonomi terhadap Rusia
2016-12-20 15:24:22 CRI Cetak

Majlis Kesatuan Eropah (EU) semalam mengumumkan, pihaknya memutuskan untuk melanjutkan sekatan ekonomi ke atas Rusia hingga 31 Julai 2017, berikutan pelaksanaan Perjanjian Minsk tidak memuaskan.

Sekatan ekonomi tersebut meliputi bidang kewangan, sumber tenaga, pertahanan serta barang kegunaan ketenteraan dan awam.

EU mula mengenakan sekatan ekonomi terhadap Rusia dengan alasan Rusia mencetuskan huru-hara di timur Ukraine sejak Julai 2014. Sekatan itu diperluas pada September tahun itu dan dilanjutkan beberapa kali. Sebagai tindak balas, Rusia telah mengenakan sekatan terhadap pengimportan hasil pertanian dari EU.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China