Cari:
AS Digesa Berhati-hati Tangani Isu Laut China Selatan
2017-01-25 13:54:52 CRI Cetak

Amerika Syarikat (AS) bukan pihak yang terlibat dalam isu Laut China Selatan. China menggesa AS supaya menghormati fakta dan menangani isu itu dengan berhati-hati agar tidak menjejaskan kedamaian dan kestabilan di rantau ini.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media semalam berkata, pendirian China dalam isu Laut China Selatan adalah jelas dan konsisten.

China mempunyai hak kedaulatan terhadap Kepulauan Nansha dan kawasan perairan di sekitarnya.

Hua menjelaskan, China bertegas dalam memelihara keutuhan wilayah dan kepentingan maritim di kawasan perairan tersebut.

China bersedia untuk menyelesaikan isu tersebut melalui rundingan damai dengan negara-negara yang terlibat.

Selain itu, China sentiasa melindungi kebebasan pelayaran semua negara berdasarkan undang-undang antarabangsa, di samping melindungi keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China