Hakim Besar Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan, Park Han-chul semalam berkata, pihaknya akan membuat keputusan tentang kes parlimen mendakwa Presiden Park Geun-hye menjelang pertengahan Mac nanti.
Pada hari yang sama, Park ketika diwawancara media turut mengutuk tipu muslihat yang dirancang dalam skandal "teman rapat campur tangan dalam urusan pentadbiran negara".
Pada masa ini, terdapat sembilan orang hakim yang bertugas di Mahkamah Perlembagaan. Mahkamah itu meluluskan pendakwaan tersebut yang memerlukan sekurang-kurangnya tujuh orang hakim untuk membuang undi dan enam daripadanya perlu mengundi bersetuju.
Barisan peguam Park pula berkata, walaupun mahkamah mahu mempercepat perbicaraan kes tersebut, namun mahkamah tidak boleh "kurang keadilan".