Cari:
Korea Selatan dan AS Perkasakan Hubungan
2017-01-31 13:53:06 CRI Cetak

Pemangku Presiden Korea Selatan, Hwang Kyo-ahn telah menghubungi Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk memperkasakan perikatan Korea Selatan-AS.

Trump berkata, AS sentiasa berdiri teguh di sisi Korea Selatan.

Setiausaha Pertahanan AS akan melawat ke Korea Selatan pada minggu ini.

Kedua-dua negara akan meningkatkan kemampuan pertahanan bersama dalam menghadapi ancaman nuklear dan peluru berpandu di Semenanjung Korea.

Namun, menurut media Korea Selatan, hubungan antara kedua-dua negara berdepan dengan ketidaktentuan setelah Trump menjadi Presiden AS.

Kerajaan Trump berkemungkinan akan menggesa Korea Selatan untuk menanggung kos penempatan tentera AS di Korea Selatan yang semakin meningkat.

Selain itu, perjanjian perdagangan bebas antara kedua-dua negara akan dibincangkan semula.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China