Jabatan Keselamatan Tanah Air Amerika Syarikat (DHS) semalam mengeluarkan dua dokumen, melaksanakan arahan eksekutif Presiden, Donald Trump untuk meningkatkan kawalan di kawasan sempadan dan menyekat kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).
Kedua-dua dokumen tersebut bertujuan untuk menghalang kemasukan pendatang tanpa izin serta mengenal pasti, menahan dan mengusir warga asing yang memasuki atau menetap di AS tanpa permit.
Antara tindakan yang akan diambil pihak berkuasa termasuklah menambah anggota penguatkuasaan undang-undang di kawasan sempadan; Setiausaha DHS akan diberikan kuasa yang lebih besar untuk menggerakkan operasi penguatkuasaan undang-undang; dan membina tembok di kawasan sempadan AS-Mexico.