Cari:
Sebahagian Pembekuan Perintah Sekatan Imigresen Trump Dibatalkan
2017-06-27 15:52:09 CRI Cetak

Mahkamah Tertinggi Amerika Syarikat (AS) semalam membatalkan pembekuan sebahagian perintah Presiden Donald Trump tentang sekatan imigresen. Kesahan perintah sekatan itu akan dibicarakan secara rasmi pada bulan Oktober nanti.

Menurut keputusan mahkamah, sekatan imigresen tidak boleh menyekat warga asing yang mempunyai pertalian sah dengan individu atau badan di wilayah AS daripada memasuki negara itu. Namun, sekatan sementara boleh dilaksanakan terhadap mereka yang tidak memenuhi syarat tersebut atau tidak pernah memasuki AS sebelumnya.

Menurut laporan media tempatan, sekurang-kurangnya tiga orang hakim mahkamah tertinggi berpendapat bahawa pembekuan perintah sekatan itu patut diba

talkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China