Cari:
AS Ingin Selesaikan Isu Semenanjung Korea Secara Damai
2017-08-28 12:09:57 CRI Cetak

Amerika Syarikat (AS) akan terus berusaha untuk mencari penyelesaian isu nuklear Semenanjung Korea secara damai.

Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson berkata demikian ketika diwawancara oleh TV Fox semalam.

Menurutnya, sebarang ujian pelancaran peluru berpandu balistik oleh Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) dianggap provokasi terhadap AS dan negara sekutunya, dan membelakangi resolusi Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tillerson berkata, masyarakat antarabangsa mahu melihat Semenanjung Korea bebas daripada nuklear. AS akan terus bekerjasama dengan negara-negara sekutunya dan pihak-pihak yang terlibat, memberikan tekanan kepada DPRK melalui cara damai, sehingga negara itu kembali ke meja rundingan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China