Cari:
Iran akan Terus Tingkatkan Daya Pertahanan
2017-09-24 14:48:21 CRI Cetak

Menteri Pertahanan Iran, Amir Hatami semalam berkata, pihaknya akan terus meningkatkan daya pertahanan negara sekiranya ada negara lain masih menganggap negaranya sebagai ancaman.

Menurutnya, daya pertahanan negara Iran yang termasuk peluru berpandu, adalah bersifat defensif, dan untuk memelihara kedamaian dan kestabilan serantau dan mencegah serangan pelampau.

Iran telah mempamerkan Khorramshahr, sejenis peluru berpandu balistik yang canggih baru-baru ini. Peluru berpandu itu mampu terbang sejauh dua ribu kilometer.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump meningkatkan sekatan ke atas Iran dengan alasan negara itu mengembangkan peluru berpandu balistik, sejak beliau menyandang jawatan pada Januari lalu.

Sebagai respons, Iran mendakwa bahawa pihaknya akan terus mengembangkan peluru berpandu kerana ini haknya yang tidak boleh dirampaskan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China