Cari:
Iran Terus Bangunkan Teknologi Peluru Berpandu Balistik
2017-08-30 12:23:20 CRI Cetak

Menurut laporan Press TV of Iran, Menteri Pertahanan negara itu, Amir Hatami semalam menyatakan, pihaknya akan terus membangunkan teknologi peluru berpandu balistik.

Menurutnya, Iran mempunyai potensi yang memuaskan dalam bidang ini. Daya pertahanan Iran tidak kalah berbanding dengan musuhnya.

Beliau berkata, sistem peluru berpandu bumi ke udara S-300 yang dibeli dari Rusia telah siap dipasang. Manakala sistem peluru berpandu bumi ke udara Bavar-377 yang dibangunkan sendiri oleh Iran juga akan digunakan.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah menandatangani akta sekatan baharu terhadap Rusia, Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) dan Iran, dengan alasan Iran dan DPRK membangunkan peluru berpandu balistik pada awal Ogos lalu. Sebagai respons, Iran meluluskan akta menambah peruntukan lebih USD500 juta bagi projek peluru berpandu balistik.

Lihat juga
berita lain
v Iran Gesa IAEA Pelihara Kebebasannya 2017-08-27 14:27:09
v Semua Pihak Terlibat Diharap Sokong JCPOA 2017-08-23 14:21:31
v Rouhani Angkat Sumpah Presiden Iran 2017-08-06 15:29:46
v AS Kena Sekatan Baharu ke atas Iran 2017-07-19 15:42:09
v AS Digesa Jangan Bermain Api 2017-07-18 15:12:58
v Pembangunan Peluru Berpandu Iran Tidak Boleh Dirunding 2017-07-18 13:41:37
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China