Cari:
Sidang Kemuncak APEC Berakhir
2017-11-12 13:26:05 CRI Cetak

Sidang tidak rasmi Pemimpin APEC ke-25 menutup tirainya di Da Nang, Vietnam semalam sebelum meluluskan perisytiharan yang menyeru pelbagai anggota menyokong sistem perdagangan pelbagai hala.

Pengerusi sidang kali ini, Presiden Vietnam, Tran Dai Quang menyatakan bahawa mendorong tahap buka pintu dan kebebasan perdagangan dan pelaburan merupakan tugas bagi kesemua anggota APEC. Para anggota bersetuju untuk memperkasakan kesalinghubungan agar menjadikan rantau ini sebagai pemacu yang penting bagi kerjasama ekonomi sejagat.

Perisytiharan kali ini mengumumkan, pemimpin pelbagai entiti ekonomi berazam untuk mengambil tindakan yang lebih berkesan bagi menyuntuk kedinamikan terhadap kerjasama APEC. Selain itu, para anggota bersetuju untuk mempergiat inovasi, pertumbuhan iklusif, integrasi ekonomi serantau, keselamatan bahan makanan dan pertanian berterusan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China