Cari:
Kurdistan Sedia Berdialog dengan Kerajaan Pusat
2017-11-28 14:31:44 CRI Cetak

Perdana Menteri wilayah autonomi Kurdistan Iraq, Nechirvan Barzani semalam menyatakan, pihaknya bersedia mengadakan dialog dengan kerajaan pusat untuk menghapuskan percanggahan antara kedua-dua pihak.

Mahkamah tertinggi Iraq pada 20 November lalu memutuskan bahawa pungutan suara yang diadakan untuk menentukan kemerdekaan wilayah Kurdistan adalah membelakangi Perlembagaan dan hasilnya tidak diterima.

Sementara itu, Barzani dalam sidang media semalam berkata, Baghdad patut membatalkan sekatan terhadap wilayahnya susulan keputusan mahkamah tersebut.

Menurut Perlembagaan Iraq yang digubal pada tahun 2005, tiga kawasan di utara negara itu termasuk Kurdistan diberi hak pentadbiran autonomi serta mempunyai parlimen, kerajaan dan pasukan tentera sendiri.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China