Cari:
Ucapan Xi Timbul Reaksi yang Hangat
2017-12-02 15:56:33 CRI Cetak

Dialog antara Parti Komunis China (PKC) dengan Parti-parti Politik Dunia dirasmikan di Beijing petang semalam. Pemimpin dari kira-kira 300 parti di lebih 120 negara berkumpul di Beijing untuk berkongsi pengalaman tentang pentadbiran terhadap parti dan negara serta membincangkan cara kerjasama dan pembangunan. Setiausaha Agung PKC, Xi Jinping telah menyampaikan ucapan yang bertajuk, "Berganding Bahu Masyarakat Antarabangsa Bina Dunia Lebih Baik". Ucapan Xi tersebut telah mendapat pujian para pemimpin.

Pengerusi Parti Rakyat Kemboja, Hun Sen berkata, kami bersetuju dan memuji konsep yang dikemukakan oleh Presiden Xi berhubung pembinaan komuniti berkongsi nasib manusia bersasarkan kesejahteraan rakyat. Beliau telah menjelaskan penilaian bersama parti-parti yang menyertai dialog kali ini.

Naib Pengerusi Barisan Revolusi dan Demokrasi Ethiopia, Demeke Mekonnon berkata, PKC sejak sekian lama sudi berkongsi pengalaman pembangunan dengan pelbagai parti politik di Afrika berdasarkan prinsip mengejari persamaan tanpa mengira perbezaan serta saling menghormati. Ini meletakkan asas yang kukuh bagi pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Afrika.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China