Cari:
Masyarakat Antarabangsa Alu-alukan Hasil Rundingan Panmunjom
2018-01-11 13:20:58 CRI Cetak

Rundingan Peringkat Tinggi Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) dengan Korea Selatan diadakan di Panmunjom Selasa lalu. Kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan tentang DPRK menghantar kontinjen untuk menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk ke-23 di Pyeongchang tahun ini serta rundingan ketenteraan dan bidang-bidang yang lain. Masyarakat antarabangsa mengalu-alukan hasil rundingan tersebut yang dianggap membantu membaiki hubungan utara selatan semenanjung itu dan meredakan situasi tegang di rantau berkenaan.

Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengeluarkan kenyataan melalui jurucakapnya bahawa hasil rundingan kali ini amat penting untuk mengurangkan risiko dan meredakan situasi yang tegang di rantau itu. Beliau berharap kedua-dua pihak dapat memulihkan dialog yang ikhlas agar mewujudkan Semenanjung Korea bebas daripada nuklear.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) dan Setiausaha Akhbar Presiden Rusia pula mengeluarkan kenyataan mengalu-alukan hasil rundingan kali ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China