Cari:
China Main Peranan Positif dalam Isu Semenanjung Korea
2017-08-31 15:05:30 CRI Cetak

China tetap berusaha untuk mewujudkan Semenanjung Korea bebas daripada nuklear, memelihara sistem kawalan nuklear antarabangsa, menangani isu Semenanjung Korea demi kedamaian dan kestabilan rantau ini, serta melaksanakan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara menyeluruh.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media semalam. Menurutnya, China bersikap objektif dan adil dan tetap komited untuk memainkan peranan yang positif dalam usaha menangani isu tersebut.

Menurutnya, isu Semenanjung Korea merupakan masalah keselamatan. Kunci bagi menyelesaikan isu tersebut dipegang oleh pihak-pihak yang langsung terlibat seperti Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan. Pihak-pihak terlibat perlu memikul tanggungjawab yang sewajarnya dan membuat pilihan yang betul.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China