Cari:
Peta Garisan Formula Terbaik Selesai Isu Semenanjung Korea
2017-09-10 14:25:05 CRI Cetak

Peta garisan yang dikemukakan bersama-sama oleh Rusia dan China merupakan formula terbaik bagi menyelesaikan isu Semenanjung Korea.

Pihak-pihak lain yang terbabit juga dialu-alukan mengemukakan cadangan baharu.

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova kelmarin.

Menurutnya, Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) sekali lagi menjalankan ujian nuklear, yang memburukkan situasi di Semenanjung Korea.

Tindakan yang dilakukan DPRK tanpa mempedulikan Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) serta resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) amat mengecewakan.

Tambah beliau, pihak-pihak terlibat saling mengancam dengan mengadakan latihan ketenteraan, melancarkan ujian peluru berpandu dan ujian nuklear dalam tempoh masa yang panjang. Keadaan ini nescaya akan membawa kepada konflik besar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China