Cari:
Isu Syria Tunjuk Kemajuan Positif
2018-02-16 14:42:15 CRI Cetak

Isu Syria mula menunjukkan kemajuan positif ke arah penyelesaian secara damai, hasil penting dialog di Sochi, Rusia baru-baru ini.

Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ma Zhaoxu dalam mesyuarat Majlis Keselamatan PBB mengenai isu Syria kelmarin berkata, dialog tersebut membantu menggalakkan proses penyelesaian secara politik serta pemulihan rundingan damai di Geneva.

China memuji usaha Rusia menjayakan dialog di Sochi serta menyokong peranan yang dimainkan PBB.

Menurut Ma, dalam proses itu, kedaulatan, kemerdekaan dan keutuhan wilayah Syria mesti dihormati dan dipertahankan.

Dalam pada itu, kempen memerangi keganasan penting bagi menyelesaikan isu Syria, dan perlu dilakukan dengan standard sama. Masyarakat antarabangsa hendaklah meningkatkan kerjasama dalam usaha tersebut.

China bersedia bergabung tenaga dengan masyarakat antarabangsa untuk menggalakkan isu Syria diselesaikan secara tuntas dan adil seawal mungkin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China