Sidang pleno ke-3 Jawatankuasa Pusat ke-19 Parti Komunis China (PKC) diadakan di Beijing pada 26 hingga 28 Februari lalu.
Sidang itu telah mendengar dan membincangkan laporan kerja yang disampaikan oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping dengan mandat Biro Politik jawatankuasa tersebut.
Selain itu, sidang berkenaan turut meluluskan senarai calon pemimpin badan kerajaan dan calon pemimpin Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) yang masing-masing akan dikemukakan kepada sidang pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-13 dan sidang pertama Jawatankuasa Kebangsaan Ke-13 CPPCC.
Beberapa dokumen untuk memperkasakan pembaharuan terhadap parti dan badan kerajaan yang bakal dibahaskan dalam persidangan NPC, juga telah diluluskan.