Cari:
Teks Ucapan Presiden Xi Jinping di Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia
2013-10-03 12:13:15 CRI Cetak

Kelima, mengekalkan keterbukaan dan semangat inklusif.

Menurut pepatah China, yang maksudnya orang seharusnya mempunyai minda yang terbuka seperti laut yang menerima air dari ratusan sungai. Rakyat China dan negara-negara ASEAN telah mewujudkan tamadun cemerlang yang disanjung tinggi oleh dunia dalam sejarah.

Perkembangan tamadun di rantau ini adalah bersifat kepelbagaian dan saling memberi pengaruh antara satu sama lain. Maka, ia sekali gus membolehkan rakyat antara China dan negara-negara ASEAN untuk saling mempelajari dan saling menimba pengalaman. Kita perlu aktif menimba pengalaman pembangunan dari rantau yang lain, dan mengalu-alukan negara-negara di rantau luar memainkan peranan yang bersifat membina untuk mengkelakan pembangunan dan kestabilan rantau ini. Dalam konteks ini, negara-negara di rantau luar seharusnya menghormati sifat kepelbagaian rantau ini, dan melakukan usaha yang bermanfaat kepada pembangunan dan kestabilan rantau ini.

Pembinaan komuniti yang berkongsi nasib China-ASEAN berkaitan rapat dengan Komuniti ASEAN dan Komuniti Asia Timur. Maka, pelbagai negara perlu memainkan kelebihan masing-masing bagi memastikan pembangunan yang bersifat berdampingan dan inklusif, dan menyumbang kepada kebahagiaan rakyat serantau, malah rakyat pelbagai negara di dunia. Pembinaan komuniti yang berkongsi nasib China-ASEAN selaras dengan arus zaman yang mengutamakan keamanan, pembangunan, kerjasama dan muafakat bestari. Ia juga selaras dengan kepentingan bersama rakyat pelbagai negara Asia dan dunia, dan mempunyai potensi yang besar dalam pembangunannya.


1 2 3 4 5 6 7 8 9
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China