Cari:
Teks Ucapan Presiden Xi Jinping di Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia
2013-10-03 12:13:15 CRI Cetak

Tuan-tuan dan puan-puan, Kawan-kawan yang saya hotmati,

China dan negara-negara ASEAN bukan sahaja bersambung dari segi geografi, tetapi juga mempunyai pertalian darah.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 penjalinan hubungan rakan strategik China-ASEAN, dan juga merupakan titik tolak yang baharu bagi perkembangan hubungan kedua-dua pihak.

China amat mementingkan peranan dan pengaruh Indonesia di ASEAN dan bersedia beusaha bersama-sama dengan Indonesia serta pelbagai negara ASEAN yang lain, untuk menjadi jiran baik, sahabat baik dan rakan baik, bersama-sama menempuh suka dan duka sama ada menghadapi kemakmuran atau kemerosotan, keselamatan atau kebahayaan, dan bekerjasama untuk membina komuniti yang bersongsi nasib China-ASEAN, bagi membawa lebih banyak faedah kepada rakyat kedua-dua pihak bahkan serantau.

Untuk mencapai sasaran tersebut, kita patut berusaha dalam beberapa bidang seperti berikuti.

Pertama, terus membina kepercayaan dan kejiranan antara satu sama lain.

Kepercayaan merupakan asas bagi hubungan antara manusia, begitu juga hubungan antarabangsa. China bersedia untuk memelihara hubungan dan persahabatan dengan ASEAN dengan sikap yang tulus ikhlas, dan terus memperkukuh kepercayaan politik dan strategik antara satu sama lain.

Tiada model pembangunan yang serba boleh di dunia ini, dan tiada jalan pembangunan yang tidak akan berubah. Rakyat China dan negara-negara ASEAN yang berani melaksanakan pembaharuan dan inovasi, terus meneroka jalan pembangunan yang bersesuaian dengan trend perkembangan zaman dan juga keadaan sendiri, telah membawa prospek yang cerah kepada pembangunan sosioekonomi masing-masing.

Kita patut saling menghormati sistem sosial dan jalan pembangunan pilihan masing-masing, menghormati cubaan dan usaha masing-masing dalam pembangunan sosioekonomi dan penambahbaikan kehidupan rakyat, yakin kepada jalan strategik masing-masing, dan saling menyokong dalam isu-isu yang menjadi tumpuan penting supaya mengekalkan trend kerjasama strategik China-ASEAN. China bersedia mengadakan rundingan dengan negara-negara ASEAN untuk memeterai perjanjian kerjasama bersahabat dan kejiranan, di samping bersama-sama merangka masa depan yang cerah persahabatan kedua-dua pihak.

China juga akan terus menyokong pembangunan ASEAN dan Komuniti ASEAN, menyokong ASEAN memainkan peranan utama dalam kerjasama di rantau ini.

Kedua, mengekalkan kerjasama yang saling menguntungkan.

Seperti pepatah China, "kepentingan yang patut dipertimbangkan mestilah kepentingan untuk semua orang". China bersedia meningkatkan keterbukaan terhadap negara-negara ASEAN berdasarkan prinsip sama kedudukan dan saling menguntungkan supaya pembangunan China juga membawa faedah kepada negara-negara ASEAN. China bersedia untuk meningkatkan taraf Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) dengan jumlah perdagangan dua hala mencapai satu trilion dolar Amerika pada tahun 2020.

China berusaha untuk menggalakkan kesalinghubungan dengan negara-negara ASEAN, dan akan mencadangkan penubuhan bank pelaburan infrastruktur Asia. Dalam pada itu, China bersedia untuk membeli saham modal yang jumlahnya agak tinggi untuk bank tersebut, dan mengalu-alukan negara-negara ASEAN membeli saham bank itu, supaya memberi sokongan utama kepada pembinaan infrastruktur di negara-negara ASEAN dalam kesalinghubungan.

Asia Tenggara merupakan pusat penting dalam "Jalan Sutera Laut" sejak purba kala. China bersedia meningkatkan kerjasama maritim dengna negara-negara ASEAN, dan membina "Jalan Sutera Laut" pada abad ke-21 dengan menggunakan Tabung Kerjasama Maritim China-ASEAN yang ditubuhkan oleh kerajaan China.

China bersedia untuk meningkatkan kerjasama yang pragmatik dan saling melengkapi dalam pelbagai bidang dengan negara-negara ASEN, supaya bersama-sama menikmati peluang pembangunan dan menghadapi cabaran, mewujudkan pembangunan dan kemakmuran bersama.


1 2 3 4 5 6 7 8 9
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China