Cari:
Teks Ucapan Presiden Xi Jinping di Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia
2013-10-03 12:13:15 CRI Cetak

Tuan-tuan dan Puan-puan,

China telah mencapai pembungunan yang besar sejak penubuhan Republik Rakyat China pada 60 tahun lalu, khususnya sejak pelaksanaan Dasar Pembaharuan dan Pintu Terbuka pada masa 30 tahun yang lalu.

China telah menetapkan gagasan demi pembangunan pada masa akan datang, iaitu jumlah Keluaran Dalam Negeri Kasar(KDNK) dan pendapatan perkapita rakyat meningkat sekali ganda pada tahun 2020 berbanding tahun 2010, mewujudkan masyarakt kaya pada keseluruhannya; mewujudkan negara modenisasi sosialisime yang kuat, demokratik dan harmoni pada pertengahan abad ini. Gagasan ini juga merupakan hasrat bersama seluruh rakyat China, dan jugalah prasyarat yang membolehkan negara ini memberikan sumbangan yang lebih besar kepada umat manusia.

Kami berkeyakinan dan berkemampuan untuk merealisasikan gagasan tersebut. Di samping itu, kami juga menyedari bahawa China tetap merupakan negara membangun yang terbesar di dunia, dan pastinya akan menghadapi banyak kesukaran dan cabaran dalam pembangunan pada masa akan datang. Maka, usaha gigih dalam tempoh panjang perlu dibuat untuk menjamin kehidupan yang bahagia kepada seluruh rakyat di negara ini.

Kami akan mengekalkan usaha pembaharuan dan pintu terbuka dan jalan sosialisme yang bercirikan China, memberikan tumpuan kepada pembungan modenisasi dan usaha memperbaiki kehidupan rakyat.

Pembangunan China tidak dapat diasingkan dengan dunia, sementara itu pembangunan dunia juga memerlukan China. China tetap akan mengekalkan jalan pembangunan yang damai, di samping mengamalkan dasar luar yang berdaulat dan damai serta melaksanakan strategik keterbukaan yang saling menguntungkan.

Pembangunan China boleh menyumbang kepada kekuatan perdamaian dunia dan mempergiatkan persahabatan. Pembangunan negara ini akan membawa peluang pembangunan kepada Asia dan dunia, dan bukanlah memberikan ancaman. China bersedia terus berkongsi pengalaman dengan ASEAN, Asia dan dunia dalam proses perkembangan sosioekonomi.


1 2 3 4 5 6 7 8 9
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China