Cari:
Teks Ucapan Presiden Xi Jinping di Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia
2013-10-03 12:13:15 CRI Cetak

Ketiga, berdiri bersama dan saling membantu.

China dan negara-negara ASEAN mempunyai masa depan yang saling berkait rapat, dan bersama-sama memikul tanggungjawab untuk memelihara kedamaian dna kestabilan serantau.

Rakyat China dan negara-negara ASEAN pernah bergandingan bahu dan berjuang untuk masa depan bangsa masing-masing dalam sejarah. Pada beberapa tahun kebelakangan ini, rakyat China dan pelbagai negara ASEAN terus bergandingan bahu sehingga menjadi kuasa yang kuat dalam menghadapi krisis kewangan Asia dan global, tsunami Lautan Hindi dan gempa bumi Wenchuan China. Kita patut mengetepikan konsep perang dingin, mempromosikan konsep baharu mengenai keselamatan berpadu, bersama dan kerjasama, bersama-sama memelihara kedamaian dan kestabilan serantau.

Kita perlu memperdalam kerjasama dalam bidang pencegahan dan penyelamatan bencana, keselamatan siber, pembanterasan jenayah melintasi sempadan dan pelaksanaan undang-undang bersama, supaya menjaga kampung halaman yang lebih damai, aman dan bahagia untuk rakyat di rantau ini.

China bersedia terus menyempurnakan sistem mesyuarat Menteri Pertahanan China-ASEAN dan mengadakan dialog tetap mengenai isu keselamatan serantau. Mengenai pertikaian antara China dengan beberapa negara Asia Tenggara di Laut China Selatan, kedua-dua pihak patut mengekalkan dialog sama kedudukan, perbincangan yang bersahabat dan penyelesaian damai bagi memeliharan hubungan kedua-dua pihak serta kestabilan serantau.

Keemapat, meningkatkan persefahaman dan persahabatan antara satu sama lain.

Seperti satu petapah China yang berbunyi: "pokok yang besar pun berasal dari benih yang kecil, menara yang bertingkat sembila pun berasal dari dasarnya di bumi." Asas dari segi social perlu diperkukuh lagi bagi memastikan pokok persahabatan China-ASEAN dapat terus bertumbuh.

Pada tahun lepas, jumlah warga antara China dan negara-negara ASEAN yang saling melawati antara satu sama lain telah mencecah 15 juta orang. Jumlah penerbangan yang berulang-alik antara kedua-dua pihak melebihi 1,000 buah setiap minggu. Perasaan mesra yang kian bertambah dengan interaksi ini akan mendekatkan lagi rakyat kedua-dua pihak.

Kita perlu merancakkan lagi interaksi persahabatan di kalangan golongan belia, kumpulan pemikir, parlimen, pertubuhan bukan kerajaan dan persatuan sosial bagi memperoleh lebih banyak sokongan intelektual kepada perkembangan hubungan China-ASEAN dan peningkatan persefahaman dan persahabatan antara rakyat. China bersedia menghantar lebih ramai sukarelawan ke negara-negara ASEAN untuk membantu perkembangan kebudayaan, pendidikan, kesihatan dan perubatan di rantau ASEAN.

China menyarankan supaya tahun 2014 ditetapkan sebagai Tahun Interaksi Kebudayaan China-ASEAN. China juga akan menawarkan siswaza kerajaan kepada 15 ribu orang pelajar dari ASEAN dalam tempoh 3 hingga 5 tahun akan datang.


1 2 3 4 5 6 7 8 9
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China