Tuan-tuan dan Puan-puan,
Pada masa ini, rakyat China komited untuk merealisasikan impian China yang mengejar kebangkitan bangsa. Rakyat Indonesia juga giat menjayakan Perancangan Keseluruhan Pembangunan Ekonomi dan mewujudkan kebangkitan bangsa.
Kedua-dua pihak perlu saling memahami, menyokong dan bekerjasama dalam usaha mewujudkan harapan masing-masing.
Saya teringat sebuah lagu ciptaan Presiden Susilo Bambang Yodhoyono, Hening.
Lagu ini dicipta oleh Presiden Susilo semasa beliau menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan Ulang Tahun Ke-15 Penjalinan Hubungan Dialog China-ASEAN yang diadakan di Guangxi pada bulan Oktober tahun 2006. Lawatan beliau ke Sungai Li antara sumber ilham kepada penciptaan lagu tersebut. Antara seni kata lagu itu: "Masa yang gembira terus-menerus dalam kehidupan kita, aku menikmati kegembiraan bersama dengan sahabat handai." Presiden Susilo teringat masa kecil beliau semasa menikmati pemandangan alam semula jadi di China. Ini jugalah bukti bahawa rakyat kedua-dua negara saling terjalin pada hati.
Hubungan negara adalah berorentasikan persahabatan rakyat. Utusan-utusan persahabatan di kalangan rakyat ini telah mewujudkan jambatan persahabatan dan jendela untuk berkomunikasi bagi kedua-dua negara, dan menjadikan hubungan dua hala ini dapat terus berkembang.
Golongan belia antara golongan yang penuh dinamik dan kaya dengan impian mereka. Kekuatan golongan belia merupakan asas bagi kekuatan sesebuah negara. Golongan belia juga antara prospek kepada perkembangan hubungan kedua-dua negara.
Saya dan Presiden Susilo bersepakat untuk terus memperkasakan interaksi kebudayaan antara rakyat. Dalam masa 5 tahun akan datang, kedua-dua negara akan saling menghantar 100 orang belia untuk melawat antara satu sama lain pada setiap tahun. China juga akan menawarkan siswaza kepada 1,000 orang pelajar dari Indonesia. Saya yakin seiring dengan semakin ramai golongan belia melibatkan diri dalam usaha interaksi dan persahabatan ini, hubungan persahabatan antara kedua-dua negara pastinya akan kekal abadi.