Cari:
Teks Ucapan Presiden Xi Jinping di Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia
2013-10-03 12:13:15 CRI Cetak

Tuan-tuan dan puan-puan, Kawan-kawan yang saya hormati,

Dalam lawatan kali ini, saya dan Presiden Susilo mengumumkan bahawa hubungan China-Indonesia ditingkatkan lagi menjadi hubungan rakan strategik yang menyeluruh. Ini demi mempererat hubungan kedua-dua negara secara menyeluruh. Hubungan saling mempercayai antara China dengan Indonesia kini semakin meningkat. Asas politik bagi hubungan dua hala semakin kukuh.

Kerjasama yang bersifat pragmatik antara kedua-dua negara juga meliputi bidang-bidang yang lebih meluas, termasuk ekonomi dan perdagangan, kewangan, pembinaan infrastruktur, sumber tenaga, sektor perkilangan, malah, angkasa lepas dan maritim. Kerjasama tersebut telah mendatangkan banyak faedah kepada rakyat kedua-dua negara, dan menjadi teladan bagi persahabatan dan kerjasama antarabangsa. Jambatan Surabaya-Madura yang dibina bersama oleh China dan Indonesia kini merupakan jambatan menjangkaui laut yang paling panjang di Asia Tenggara.

Empangan Jadi Gede kerjasama kedua-dua pihak yang bakal siap dibina boleh mengairkan kawasan seluas 90 ribu hektar. Empangan ini akan banyak memudahkan kehidupan dan penghasilan bagi penduduk tempatan.

Di samping itu, kerjasama China-Indonesia dalam pengurusan isu-isu antarabangsan dan serantau juga semakin meningkat. Hubungan kedua-dua negara ini juga semakin berpengaruh di arena serantau malah antarabangsa. Ini amat bermakna bagi mewujudkan order baharu politik dan ekonomi antarabangsa yang adil dan rasional.

Pepatah Indonesia yang berbunyi, "Wang senang didapat, sahabat susah dicari". Persahabatan yang tulus ikhlas antara rakyat kedua-dua negara ini bagaikan khazanah yang tidak dapat dinilai harganya.

Pada 26 Disember tahun 2004, gempa bumi yang berukuran 9 pada skala Richter berlaku di Lautan Hindi dan mengakibatkan tsunami yang dahsyat. Aceh, Indonesia mengalami kemalangan jiwa dan kerugian besar dalam bencana tersebut. Bencana ini telah mengejutkan seluruh dunia. Selepas tsunami itu berlaku, China segera mengambil tindakan, dan mengumumkan akan menyediakan bantuan kepada pelbagai negara yang mengalami bencana, termasuk Indonesia. Ini merupakan operasi penyelamatan dan bantuan terhadap negara luar yang paling besar skopnya sejak Republik Rakyat China ditubuhkan.

Di perjalanan dari kilang ke lapangan terbang, barang-barang bantuan dihantar dengan lancar dan segera ke kawasan bencana termasuk Aceh.Pasukan Penyelamat Antarabangsa China merupakan pasukan penyelamat antarabangsa yang paling awal tia di Aceh. Dalam tempoh selama 13 hari, mereka menyediakan perkhidmatan perubatan untuk lebih 10 ribu penduduk tempatan. Ramai penduduk tempatan bertutur dalam bahasa mandarin kepada mereka, "China, Beijing, aku cintamu."

Rakyat China turut menyampaikan simpati dan menyediakan bantuan kepada mangsa-mangsa di kawasan bencana Indonesia dengan pelbagai cara. Seorang warga emas dari Hangzhou, yang bukan orang kaya, bahkan isterinya sudah laman dirawati di hospital, beliau sendiri pula baru menerima pendedahan. Bagaimanapun, beliau menyumbangkan seribu yuan RMB untuk membantu kanak-kanak di kawasan bencana Indonesia dapat melanjutkan pelajaran. Seribu yuan bukan jumlah yang begitu besar, tapi mencerminkan persahabatan rakyat China dengan rakyat Indonesia.

Begitu juga, apabila rakyat China menderita bencana yang teruk, rakyat Indonesia segera menyediakan bantuan. Pada 12 Mei tahun 2008, gempa bumi yang dahsyat berlaku di Wenchuan, Sichuan China, penduduk-penduduk di kawasan bencana menanti-nantikan bantuan. Selepas gempa bumi itu berlaku, Indonesia segera menghantar pasukan perubatan ke China.

Setiba di kawasan bencana, mereka bekerja secara berterusan tanpa mempedulikan bahaya gegaran ekoran gempa, dan mengubati 260 orang mangsa bencana, dan menyediakan perkhidmatan perubatan untuk 844 orang penduduk dan 120 orang pelajar tempatan. Sebelum kembali ke Indonesia, mereka pula menyumbangkan semua wang dan barangan yang dibawa kepada kawasan bencana China. Selain itu, rakyat Indonesia juga menyumbangkan wang dan barangan untuk kawasan bencana Wenchuan China, ada juga yang khusus datang ke Kedutaan Besar China di Indonesia untuk menyampaikan simpati dan restu. Kesemua ini telah mengharukan rakyat China.

Cerita seumpama ini banyak didapati dalam pertukaran persabahatan antara kedua-dua negara. Justeru seperti pepatah di China dan juga di Indonesia yang berbunyi, "yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing".


1 2 3 4 5 6 7 8 9
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China