Forum Kerjasama Pelaburan Ekonomi dan Perdagangan China-Malaysia diadakan di Kuala Lumpur petang tadi. Perdana Menteri China, Wen Jiabao dan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak menyertai forum itu.
Kerjasama ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara menjadi pemangkin kepada aliran perdagangan bagi China di rantau ASEAN. Sehingga penghujung tahun 2010, pelaburan kedua-dua negara melebih 6 bilion dolar Amerika.