Perdana Menteri China, Wen Jiabao menemui pelajar Universti Al Azhar di Jakarta Hari ini. Dalam ucapannya, Wen Jiabao berkata, saling menghormati budaya dan agama merupakan elemen penyatuan bangsa. Beliau juga berbangga dengan usaha insitutusi pengajian tinggi itu yang menggabungkan ajaran Islam dengan sains moden.
Menurut Wen Jiabao, pelajar merupakan asas yang baik kepada hubungan China-Indonesia pada masa depan. Kemesraan jelas terpancar di wajah Wen Jiabao yang turut menyanyikan lagu "Ayo Mama" bersama-sama dengan pelajar universiti tersebut. Lagu itu mengembalikan nostalgia baginya.
Dalam pada itu, Cancelor universiti itu pula melahirkan kesediaannya untuk menjayakan Pusat Pengajjian Bahasa Mandarin, bagi meningkatkan persefahaman dan persahabatan di kalangan rakyat kedua-dua negara.